Steam Machine vs PS5: Mana Satu Lebih Berbaloi Beli Pada Tahun 2026? Valve Cabar Sony!
Salam gamers sekalian!
Tahun 2025 dah nak melabuh tirai, dan nampaknya tahun 2026 bakal jadi tahun yang havoc untuk dunia gaming. Kenapa? Sebab ada “budak baru” nak masuk gelanggang yang selama ni dikuasai oleh otai-otai macam Sony, Microsoft, dan Nintendo.
Valve, syarikat di sebalik Steam, dilaporkan akan melancarkan Steam Machine baru awal tahun depan. Bentuk dia kiub, kecil, dan padat. Tapi persoalan utama yang bermain di fikiran semua orang: Mampukah Steam Machine lawan King of Console sekarang, PlayStation 5 (PS5)?
Jom kita bedah siasat mana satu yang patut korang “labur” duit raya tahun depan.
Specs & Performance: Tua Tapi Bisa vs Muda Tapi “Laptop”?
Reka bentuk Steam Machine ni memang comel, lebih kurang 6 inci persegi je orang panggil “GabeCube”.
Tapi, sebab saiz dia kecil, komponen dalam dia agak terhad. Valve guna GPU custom RDNA 3 (setaraf mobile RX 7600) dan CPU 6-core Zen 4. Walaupun teknologi dia baru, ia ibarat gaming laptop yang dipadatkan.
Sebaliknya, PS5 walaupun dah berusia 5 tahun, specs dia masih relevan. Dengan 8-core Zen 2 CPU dan RDNA 2 GPU, PS5 sebenarnya ada lebih “raw power”.
Paling penting, optimization. Developer buat game specifically untuk PS5, jadi game selalunya jalan lebih lancar. Untuk Steam Machine? Ia cuma PC dalam kotak. Kalau game tu tak optimize untuk PC, nasiblah labu.
Game Library: Steam Backlog vs Sony Exclusives
Ini bahagian paling susah nak pilih.
- Team Steam Machine: Kalau korang dah ada akaun Steam sejak zaman sekolah, Steam Machine ni memang syurga. Login je, beratus game korang dah ada kat situ. Tak payah beli game baru.
- Team PS5: Sony masih pegang takhta “Exclusive”. Game macam Ghost of Yotei atau Death Stranding 2 cuma ada kat sini (buat masa ni). Dan jangan lupa, PS5 ada disc drive (untuk edisi fizikal). Steam Machine? Digital all the way.
Harga: Isu Paling Sensitif
Okey, ni realiti pahit. Ekonomi sekarang tengah tak menentu.
- PS5: Harga bermula sekitar $499 (~RM2,200) untuk digital edition. Masih affordable untuk console next-gen.
- Steam Machine: Jangkaan harga adalah sekitar $700 - $800 (~RM3,100 - RM3,500). Pergh, boleh tahan rabak poket!
Kalau korang tak ada library Steam yang besar, beli PS5 nampak lebih bijak dari segi kewangan. Tapi kalau korang dah ada beratus game kat Steam, mungkin Steam Machine ni jimat jangka masa panjang.
Kesimpulan: Siapa Menang?
Buat masa ni, piala kemenangan masih di tangan PS5.
Sebab apa? Sebab ia lebih murah, lebih powerful (kerana optimasi), dan boleh masuk disc/download, terus main. Steam Machine ni nampak gempak, tapi dengan harga kayangan dan performance yang mungkin setaraf laptop mid-range, ia lebih kepada “mainan orang kaya” atau peminat tegar Valve.
Tapi, kalau Valve letak harga $500? Haa, masa tu baru kita pening kepala nak pilih!
Korang team mana? Team “GabeCube” atau Team Sony? Cer komen kat bawah!
Happy gaming, guys!