Gowmaz
#astro #web-dev #ship-it

Selamat Tinggal WordPress, Hello Astro & Tailwind!

Selamat Tinggal WordPress, Hello Astro & Tailwind!

Selamat Tinggal WordPress, Hello Astro & Tailwind!

Salam semua!

Hari ini saya nak buat pengumuman rasmi sikit di blog baru saya.

Selepas bertahun-tahun setia menggunakan WordPress untuk blog peribadi, akhirnya saya buat keputusan untuk “move on”. Jujur cakap, saya dah penat nak update plugin setiap minggu, risau pasal sekuriti DB, dan loading speed yang kadang-kadang slow macam siput walaupun dah pakai caching plugin.

Jadi, saya dah migrate laman web ini sepenuhnya ke Astro.

Rasa macam baru lepas buang beban berat. Pindah dari CMS gergasi (WordPress) ke static site generator moden macam Astro ni rasa sangat ringan, laju, dan “clean”.

Kenapa Astro & Bukan WordPress Lagi?

Sebab utamanya ialah prestasi dan kawalan penuh.

WordPress memang powerful, tapi untuk blog content macam ni, ia agak “overkill” dan membebankan. Dengan Astro, saya tak perlu risau pasal pangkalan data (database) atau backend yang berat. Astro mengamalkan konsep “Island Architecture” dan hantar sikit sangat JavaScript ke browser. Hasilnya? Laman web yang loading sekelip mata.

Tak ada lagi “Error establishing a database connection”!

The Stack: Apa Yang Ada “Under The Hood”?

Untuk setup kali ini, saya guna gabungan teknologi yang paling bleeding edge tapi stabil. Berikut adalah spesifikasi enjin blog ni:

  • Framework: Astro (Versi terkini yang padu!)
  • Styling: Tailwind CSS (Ya, versi 4 yang lebih laju compile dan ringkas)
  • Hosting: Cloudflare Pages (Sebab deploy laju dan edge network dia power)